Punca Sebenar Kes Duit Dalam Maybank Hilang Kena Hack

By | 15:51 Leave a Comment

Menerusi laman sosial, kini tersebar beberapa kes duit akaun pengguna Maybank hilang atau lesap dalam masa sehari. Perlu diingatkan bahawa kes duit didalam akaun Maybank hilang adalah berpunca daripada kecuaian atau kesilapan pengguna sendiri dan bukannya dari pihak Bank.

Kebanyakan kes berlaku adalah melibatkan transaksi “Pre-Auth-Debit” bagi pengguna yang mengunakan kad debit atau kredit. Kes ini berpunca susulan pengguna meletakkan maklumat butiran perbankan termasuk nombor kad debit, nombor sekuriti (CCV) dan Expired Date di applikasi Adroid, Playstore dan juga Appstore dalam telefon pintar anda. Kes seperti ini juga lebih dikenali sebagai software cracked/ hijacked atau phishing yang membuatkan duit dari kad debit atau kredit anda dipotong secara automatik walaupun anda tidak melanggan servis tersebut. Di bawah merupakan pesanan Maybank dan contoh kes akaun Maybank kena godam.




Untuk penyelesaian, pastikan anda tidak membeli aplikasi atau games yang memerlukan transaksi duit dari akaun bank anda. Pastikan juga anda tidak mendedahkan nombor kad debit/ kredit ,expired date dan nombor CCV kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, turut berhati-hati dengan sebarang panggilan telefon / SMS / emel yang meminta butir-butir perbankan anda.

Sumber -  Melvister.

Newer Post Older Post Home

0 comments: