Jika nak kata betul ke tidak sememangnya pada masa sekarang ramai yang telah pandai mengedit pada masa sekarang seiring dengan kepantasan teknologi pada masa kini .
Namun jika diperhatikan terdapat gambar makhluk yang memakai pakaian putih dan berambut panjang mengurai atau lebih kita kenali sebagai pontianak dilihat berada berdekatan dengan pondok tol ini giat dikongsikan di laman-laman sosial .
Terdapat beberapa orang yang mengatakan kejadian ini telah dirakam di Tol LEKAS namun kesahihannya itu masih tidak dapat dipastikan.
Namun apa yang pasti , selain manusia sememangnya ada makhluk lain di dunia ini yang kalau boleh kita tak nak nampak dia walaupun dia hampir dengannya .
Apa yang pasti kita berbalik semula kepada tuhan dan kita kena tahu bahawa setiap apa yang dijadikan tuhan adalah yang terbaik dan kita sebagai kalifah dimuka bumi harus percaya bahawa adanya kewujudan makhluk lain selain manusia .
Tunang Janji Terus Setia Bersama
Nur Syafiqa, Mangsa Toreh Dan Samun Di Pasir Puteh | Mohd. Azijja Zafran Zahrani, tunang kepada Nur Syafiqa Lah berjanji akan setia bersama insan kesayangannya itu walaupun berkemungkinan gadis tersebut mempunyai parut kekal pada wajahnya.
Malah Mohd. Azijja, 24, juga tekad akan sentiasa bersama gadis yang dicintainya itu dalam menempuh apa jua keadaan sebelum melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.
Pemuda yang mengikat pertunangan dengan Nur Syafiqa, 22, pada April lalu berkata, pada masa ini, dia memberikan fokus untuk memulihkan kembali semangat tunangnya itu. ‘‘Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian kelmarin, Nur Syafiqa menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh salah seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh.
Sementara itu, Mohd. Azijja berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaan sedihnya ketika mengetahui Nur Syafiqa diperlakukan dengan kejam oleh penjenayah terbabit. ‘‘Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini. ‘‘Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma dengan tragedi yang menimpanya itu.
Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu,’’ katanya. Sementara itu, ketika menceritakan detik kejadian itu, Mohd.
Azijja berkata, pada hari itu, Nur Syafiqa ada menghubunginya namun dia tidak menjawab panggilan tersebut.
Katanya, selepas itu dia menerima mesej daripada tunangnya yang memberitahu telah dirompak dan meminta saya segera ke hospital. ‘‘Pada mulanya saya ingat dia bergurau kerana dia memang suka menyakat saya,” katanya.
Terbaru, Nur Syafiqa Lah telah pun dibenarkan pulang dan mendapat lawatan istimewa daripada Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin pagi tadi bagi memberikan sokongan moral kepadanya.
Di kesempatan ini, Puteri UMNO turut menghulurkan sumbangan kepada syafiqah sejumlah RM5 ribu dan berharap sumbangan itu boleh digunakan untuk menampung kos rawatannya.
Berikutan insiden yang berlaku ke atas Syafiqah dan keluarga, ramai netizen berharap pihak polis dapat melakukan siasatan terperinci bagi menahan kedua-dua penjenayah tersebut.
Sumber - My Media Hub